Assalamualaikum
Setelah 5 bulan cuti semester kini tiba masanya sis yana update blog sebab next week dah start kuliah hahaha. Dengar cerita hari ni ramai pelajar baru diploma degree dah daftar masuk universiti. Goodluck!
Sepanjang sis yana belajar dekat lendu ni, memang sis yana duduk dekat asrama je, takde sewa rumah ke apa. Mcam macam jenis roommate I dah jumpa. So antara benda yang annoying adalah:
1. PENGOTOR
Well, memanglah bukan semua kan tapi adalah segelintir perempuan yang harap muka je lawa, pergi kelas bukan main lagi make up, perfume la apa lah. Tapi bila keluar bilik, katil tak kemas, sampah tak buang.
Kalau uolls jenis yang share dustbin, apa kata ada toleransi sikit? Take turn la buang sampah. Kalau dah alang-alang nak keluar pergi beli makan ke, kelas ke, buang la sampah terus okay?
2. PENCURI MAKANAN
Hahaha, bab ni sis yana sensitif sikit. Okay, tak kesah pun nak amik makanan ke apa, at least bagitau la kan? Sebab sis yana jenis yang kalau balik je dari kelas tu kadang-kadang nak mengunyah something sambil buat revision. Tapi bila dah bukak buku, capai box makanan, tengok biskut dah habis? Hhahaha takpelahkan, I halal kan je.
So sis yana letak la sticky note dekat makanan yang sis yana rasa tak rela nak share
" YANA COMEL PUNYA"
3. PENYIBUK
Okay la fine, kita semua memang suka berkawan gelak ketawa semua. Tapi ada masa nak jugak personal space kan? Kalau you tanya you punya roommate tapi dia jawab sepath sepatah tu tolong lah faham yang dia tengah takde mood nak berborak. Kalau dia rasa willingly nak share benda, baru you dengar okay? Jangan sibuk tepi langsir orang. Eh?
4. SUKA BUAT BISING
Mesti ada at least sorang roommate yang suka buat bising kan? Okay la fine, kalau you nak tengok movie kat laptop ke apa, tengoklah. Tapi kalau you sorang je nak tengok tak perlu lah pakai speaker sebesar alam tu. Pakai la earphone okay? Buatnya roommate you tu nak study? Library dah la jauh dari asrama tolonglah faham. Bertolak ansur tu penting kan?
So, you nak taknak kena la hadap perangai orang yang macam macam ragam selama 1 semester bersamaan dengan 6 bulan tu ye. Ini lah masanya nak practice terima seadanya orang kan? Sebab nanti kalau you kahwin pun, baru you tau apa rasa hidup dengan orang yang kita tak kenal pun 100% lagi.
Bye!
Info menarik 😂 mohon pinjam infonya ya sis..moga sentiasa murah rezki!!
ReplyDelete