Pages

Monday, 4 September 2017

Apa aktiviti cuti semester 5 bulan?

Assalamualaikum.

Masa UiTM bagi semester break 5 bulan hari tu, sis yana kerja dekat je dengan rumah ni Giant Hypermarket dalam tu ada kedai tapak yang jual tudung so sis yana buat je la part time dekat situ. Ada orang tanya kenapa tak kerja kilang ke, Kepci ke hmm

Sebab sis yana ni jenis yang badan kalau penat melampau mula la pengsan muntah muntah pening and so on. Bagi mengelakkan menyusahkan orang lain, sis yana kerja je la kat sini. Stress pun takde lah sangat
Stress pun bila dapat customer yang jenis hek hek hek. Makcik makcik yang nak orang layan dia macam dia masuk ARIANI or NAELOFAR (padahal beli tudung masa offer 3 helai rm100 huh)

Start kerja masa pertengahan bulan 3 hari tu sampai la 31 Ogos baru baru ni. Okay, sepanjang tempoh tu banyak okay benda jadi hahaha.

Pergi solat, lunch, dinner, tengok crush hari hari
Gossip pasal makcik yang selalu duduk lama depan cermin surau, aunty cleaner yang peramah
Oh yes, kitorang ada jugak merasa bukak puasa sama, raya sama sama haha
Akak gurdian yang lawa,
geng geng kerja kedai sebelah, amik kerusi gelak sama sama
Okay, memory tu sumpah MAHAL
Bertegur sapa dengan orang ptptn
Last but not least, ada konflik dengan orang RHB Bank. Heh conflict lah sangat kan..

Well, banyak jugak benda sis yana belajar masa kerja kat sini. Tapi more to human behaviour la kan.. Seronok jumpa orang ramai, mintak pandangan / opinion dari sudut yang berbeza biar terbukak sikit otak fikiran tu hahaha

Dengan ini saya lampirkan laporan beserta dengan gambar (ala ala buat report setiausaha giteww)




Ain, Yana, Kak Aisyah, Fatin

Ain. Yana, Kak Aisyah

Ain, Zaty, Fatin, Yana

Ye ye ain ada di mana mana sebab dia adik I okay? 


Ramai jugak la kawan I dapat buat kat sini. Walaupun I ada conflict dengan seorang jejaka kat RHB tu, still ada orang yang I baik dekat situ hek hek. Oh yes, orang PTPTN pun! 


Okay, next entry I review buku okay?

No comments:

Post a Comment