28,29,30 Januari hari tu Yana join trip mantan dengan mantan mantan D'Bankers yang lain. Total mantan D'Bankers sebenarnya ada 24 orang tapi 12 orang je dapat pergi sebab yang lain tu ada masalah tertentu.
So kitorang stay dekat Kuantan. Kami sewa homestay untuk lelaki and perempuan pulak stay dekat rumah family kawan kitorang sendiri. Sebelah sebelah je rumah kitorang stay tu hehe.
-
-
28hb - Kitorang semua konvoi lah ramai ramai dari KL Sentral. Ada juga yang gerak dari segamat.
Sampai dekat homestay pun dah nak ke asar. Sampai je kitorang semua rehat dulu sebab rancang malam baru nak gerak berjalan jalan. Petang tu jugak kitorang perap ayam sebab malam besoknya nak buat BBQ :)
Lepas maghrib terus gerak pergi Teluk Cempedak. Banyak jugak barang murah dekat sini. Sesuai la untuk yang suka shopping! And kalau korang dating bawak family pun banyak je aktiviti menarik kat sana.
Spot me!
Lepas dah cuci mata, makan malam dekat Ana Ikan Bakar Petai pulak. Apa yang yana perasan, kedai ni banyak cawangan sebab Nampak banyak kali juga area Kuantan ni. Seriously sedap! Even yana tak makan banyak pun sebab jenis susah nak makan ikan. (amboi Izzah sedap sangat tu ahaha)
29hb - Pagi tu breakfast dulu before pergi Gambang Waterpark. Takde pulak amik gambar masa breakfast tu hahaha. Nama tempat breakfast tu pun yana lupa adoiyaiii maaf.. Tapi breakfast kat situ memang best and sedap hihi
Lepas tu terus gerak ke Gambang Waterpark. Yana lupa berapa bayaran masuk sebab masa tu ada promo and kitorang guna harga student juga.
In my personal view lah kan, biasa je Gambang waterpark ni. Takdelah banyak sangat pun. Kami rasa kami dalam tu around 1 jam lebih je. Tak lama pun. So yana rate 6/10 lah.
Masa ni sebenarnya tengah nak selfie tapi tetiba je Hanis photobomb tergelak and ter amik gambar ni hhahaha kelakar okay
Yes, kami enjoy je sebenarnya. Alhamdulillah takdelah panas sangat masa tu so takdelah sunburn teruks
Balik je dari waterpark terus lunch (still lupa kat mana sebab singgah je masa tu)
Straight je sampai homestay, terus masing masing tidur sebab yelah penat kann
Malam tu terus buatt BBQ dekat Pantai Chenang. And kitorang je yang ada kat situ. Sebab come onlah kan, siapa je pergi pantai di hari waktu bekerja dan sekolah tu kan? Hahaha.
30hb-
Esoknya tu lepas breakfast terus gerak ke Kemaman, Terengganu. Sebab masing masing nak beli keropok lekor and kain batik. Masa lunch pulak kami ada sambut birthday Akmal haha. Walaupun tak seberapa but we keep the memories kan?
Thank you semua yang menjayakan trip kita ni. Sama ada yang join atau tak join, Yana saying semua okay? InshaAllah goodluck in the future ye semua. Ada jodoh jumpa lagi ;)
Okay bear panda ni yana beli dekat Teluk Cempedak masa tu. RM 30 je okay! Sebab ada ig shop yang jual mahal and pre order so malas lah haha.
see ya!
No comments:
Post a Comment