Pages

Wednesday, 25 November 2015

RESULT FINAL EXAM



Fasa 1
“Aduh, sikit lagi nak dekan”
“Uishh, sikit lagi nak A+”
“Yes! Tak payah repeat paper”
“Alhamdulillah lulus”
“Weh, aku dekan ni. Kena update status kat twitter dengan FB ni”

Itulah dia antara kata hati kita selalunya sebagai seorang student. Sesungguhnya berbohong itu berdosa k. Hoho
///
Fasa 2
Itu baru fasa 1 , fasa 2 ialah:
“Peah dapat berapa A SPM hari tu?” *senyum sinis dari pakcik makcik korang*
“Along, result exam dah keluar? Macam mana , ok?” *tanya mak ayah dengan penuh harapan*
“Wehh, kau dapat berapa CGPA? Aku dekan dohh, unexpected!” *keterujaan kawan korang*
Ye aku faham perasaan bila dibanding-banding kan dengan sedara mara, jiran sebelah, jiran sekampung yang lain.

Perasaan dengki dengan iri hati kat kawan kau tu pun aku faham.
Tapi masa tengah selak buku Tribulasi 365 Hari aku jumpa ni:
Macam mana nak tahu hati kita sihat atau tak, Dr?
Salah satu caranya ialah bila kita melihat orang lain Berjaya,kita tumpang gembira& berdoa agar itu  untuk agama, bukan dengki tak tentu hala.
Zassss sekali masuk hati. Deep bak hang.

Fasa 3
Fasa ini di mana kau rasa kau perlu bangkit dari kejatuhan / kegagalan kau.
Saya dengan rasa ingin tahu, akak-akak ,abang-abang rakan-rakan seperjuangan yang lain,
“Apa niat kau study ni? Tak rasa buang masa ke?”
“Sebab nak dapatkan ilmu,kerja yang halal dan membanggakan ibu bapa”
“Kerana Allah, mak ayah, timba ilmu untuk akhirat”
Banyak lagi jawapan yang aku dapat. Pada pandangan aku , kita belajar niat kena betul
Hari tu masa aku tengah scroll twitter masa musim hujan sambil minum teh o, cewahh,
Aku ternampak kawan-kawan kita yang lain tu masukkan gambar
-Iphone
-rumah besar
-kereta audi
Dengan caption: Sebab ni kita kena belajar rajin

///

Hmmmm yang retweet pulak lebih 5K
So, bila aku tanya apa niat belajar,masing-masing bagi jawapan cliché. Demi Umat, mak ayah dll.
Mulut boleh cakap. Cuba cek hati balik. Betul ke kita ni belajar demi umat? Demi ALLAH?
Sesungguhnya menipu itu berdosa. HEHE
Cek balik hati. Kita belajar untuk bangunkan umat kan?
Sepatutnya masa kita nampak gambar adik-abang-kakak yang kena tembak kat palestin tu,kita rasa kesian tak? Kesian kan? Ok la ,disebabkan korang ni hati batu kita takyah pergi jauh la.
Korang selalu nampak orang susah mintak sedekah kan?
Korang pernah tak terfikir,
“Aku dipilih ALLAH untuk sambung belajar. So aku kena pulun study, sebab bila aku dah kerja senang nanti aku boleh tolong semua orang susah ni. Nak tolong sekarang aku tak mampu.”
Nampak tak? Faham tak?

Ingat, kita belajar sebab nak bangunkan umat. Orang lain tengah hidup susah tapi kau dengan seronok berjimba, VapeOn, relationship goals bagai. Kau sedar tak yang Allah bagi kau rezeki untuk sambung belajar untuk bantu umat islam ni? Untuk modal kau kat ‘sana’ nanti.

Betulkan niat balik brother,, sister. We are all in this together J
Tak puas hati dengan apa aku tulis? Mohon comment nanti aku improve.

Goodluck! 

No comments:

Post a Comment