Assalamualaikum guys,
Haiii. Lama nya aku tak update blog. Maaf la aku busy
(sangat) haha. Sebenarnya banyak benda aku nak cerita kat sini tapi tu lah,
kekangan masa. Assignment banyak, test, quiz. Program-program lain yang
memerlukan preparation macam Dinner D’Bankers and CITRAWARNA nanti. Semua next week. Team building untuk
kelab next week jugak. Siap ada program yang bertindih lagi. Haaa. Nak balik
seremban pun masa cuti merdeka nanti.
Ok. So… hari tu (dah lama actually), dalam lepas asar macam
tu aku tengah berehat dalam bilik. Tiba-tiba bunyi siren, ada akak senior buat
pengumuman bagitau yang Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) buat explorace
pukul 5 tu. Aku nak join benda ni sebab teringat explorace Banking masa
induction dulu. So aku kejut la roommate aku yang tengah tidur ni ajak dia
join. Then dia kata “Aahhh aku nak tidur. Bye yana.” LOL
Aku pon macam, alaaa taknak la pergi takde geng. Lepas tu
aku turun la pergi angkat baju kat ampaian. Then aku nampak budak banking kelas
sebelah tu dah siap pakai kasut semua. Aku memang kenal dia ,tapi rapat tu
takde lah. Aku Tanya lah, nak pergi explorace tu ke? Dia kata a ah. So aku pun
naik bilik cepat cepat pakai tudung,kasut. Ramai jugak la budak kolej aku yang
join. Most them Bankers. Hihu.
Aku tau la aku dah lama tak update blog tapi jangan la sampai lupa aku yang mana satu.
Kami dari kolej Tun Ali.
Ali datng ~ Ali datang ~
Focus bukan beta mendengar ?
Explorace ni ada 5 section. Setiap section kena selfie. Huhu.
Masa ni kalau tak silap salah seorang dari kitorang kene bagi satu hadis and terangkan nilai dari hadis tu kalau tak silap la.
Nilah ahli kumpulan aku.
Aku dengan Sahira (baju biru) je Part 1 yang lain tu senior hokayy.
Game ni paling senang sebab dia tulis benda atas kertas and dia suruh kau buat gerakan je. No talking babes.
Okayy. Aku suka gambar ni. Cool gila. Abang Safiq (baju kelabu) Majlis Tertinggi kelab D'Bankers pon ada. Tapi dia tak join. Terserempak je. Dia tengah jogging petang tu.
Maka berakhirlah sudah. Huhu. Aktiviti ni best la. Sebab sepanjang duduk sini aku memang malas nak exercise. Harapkan aktiviti mcm ni je la.
Okay. Marilah kita sambung baca buku management. Next week test. Doakan.
TQ.
No comments:
Post a Comment